Mall of the Emirates

Mall of the Emirates adalah sebuah pusat beli-belah dalam daerah Al Barsha di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Ia telah dibangunkan oleh Majid Al Futtaim Properties di bawah kepimpinan CEOnya, Peter Walichnowski, yang juga pemaju "Bluewater" berhampiran London, pusat beli-belah termaju di Eropah. Kompleks ini telah direkabentuk oleh firma seni bina Amerika Syarikat, F+A Architects. Sebelum pembukaan Dubai Mall (kompleks beli-belah terbesar di dunia), Mall of the Emirates adalah pusat beli-belah kedua terbesar di Timur Tengah, sedikit lebih kecil daripada kompleks City Stars (Kaherah).Ia mengandungi lebih kurang 2,400,000 kaki persegi (220,000 m2) kedai dan keseluruhan kompleks membentuk sejumlah lebih kurang 6.5 juta kaki persegi. Dalam suatu tanggapan sejagat, pusat beli-belah kedua terbesar di Dunia, South China Mall di Dongguan, China, mengandungi lebih kurang 7,100,000 kaki persegi (660,000 m2) ruang beli-belah dalam sebuah kompleks yang berjumlah lebih kurang 9,600,000 kaki persegi (890,000 m2).[1]